Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

27.05.19 Majlis Kunjungan Muhibah YDP MMN dan Duta Besar Amerika Syarikat

Hari Isnin, 27 Mei 2019, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan muhibah dari Tuan Yang Terutama Matthew J. Matthews, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam.  Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis.

CC USA MMN.jpeg

Turut hadir sama dalam Kunjungan Muhibah tersebut, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Pemangku Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Majlis Kunjungan Muhibah tersebut merupakan perjumpaan rasmi yang pertama di antara kedua belah pihak.  Pada perjumpaan tersebut kedua belah pihak menyentuh mengenai hal yang menjadi keprihatinan bersama antaranya mengenai pertukaran tenaga manusia seperti kepakaran dan juga pertukaran di dalam bidang pendidikan iaitu program pertukaran pelajar. 

Kedua belah pihak juga membincangkan mengenai generasi baru di mana Tuan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam mempunyai generasi baru yang dinamik dan berpotensi tinggi.  Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara menyatakan bahawa setiap tahun antara bajet tertinggi diperuntukkan adalah bagi kemudahan pendidikan kerana ianya merupakan pelaburan jangka panjang yang amat penting bagi sesebuah negara.

Hal-hal lain yang menjadi perbincangan semasa perjumpaan tersebut adalah seperti Foreign Direct Investment (FDIs) yang boleh diperkembangkan lagi ke Negara Brunei Darussalam  dan diharapkan dengan kelebihan tenaga kerja di Negara Brunei Darussalam yang mempunyai latar belakang Bahasa Inggeris akan memudahkan bagi syarikat dari Amerika Syarikat berminat dalam membuat pelaburan di negara ini.

CC US MMN.JPG

Attachments