Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

30.03.19 Kunjungan Muhibah YDP MMN dan Duta Besar Slovak

Hari Selasa, 30 April 2019, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan muhibah dari Tuan Yang Terutama Jaroslav Chlebo, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Slovak ke Negara Brunei Darussalam.  Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis.

CC MMN Slovak 1.JPG

Turut hadir sama dalam Kunjungan Muhibah tersebut, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

CC MMN Slovak.JPG

Majlis Kunjungan Muhibah tersebut merupakan perjumpaan rasmi yang pertama, menandakan hubungan baik di antara kedua belah pihak.  Kedua belah pihak  berkesempatan mengongsikan hal-hal berkaitan dengan cara perundangan dan parlimen di kedua buah negara.  Pada kunjungan tersebut Tuan Yang Terutama Jaroslav Chlebo mengongsikan mengenai era revolusi 4.0 dalam meningkatkan pembangunan kapasiti manusia yang mana dapat dijadikan contoh bagi penjanaan eknomi negara.   Selain itu, kedua belah pihak juga bertukar-tukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk bekerjasama seperti memberikan bantuan dalam industri pelancongan dan dalam bidang lain bagi merapatkan lagi hubungan baik dan erat antara kedua belah pihak.

Attachments