Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

23.03.19 Perlu undang-undang ketat, bendung pentingkan diri

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Mac. - Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh menyambut baik inisiatif Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam usaha untuk mencapai bebas kemalangan (zero accident) di jalan raya.

Usaha tersebut adalah dengan menfokuskan terhadap sebarang kemungkinan yang menyebabkan kemalangan, antaranya kecuaian, kelalaian pemandu dan memandu di bawah pengaruh negatif.

Yang Berhormat berkata demikian pada Ucapan Penangguhan pada hari ke-11 Persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-15 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), berlangsung di sini.

Yang Berhormat menjelaskan, antara penyebab kemalangan yang tidak boleh diterima dan harus dielakkan adalah penggunaan telefon bimbit semasa memandu.

"Tidak ada lebih penting daripada nyawa pengguna di jalan raya.

"Kaola pasti Ahli-ahli Yang Berhormat akan bersetuju bahawa sememangnya perlu ada undang-undang yang ketat bagi membendung perbuatan yang mementingkan diri ini," tegas Yang Berhormat.

Yang Berhormat menambah, jalan raya adalah sebahagian daripada kehidupan kita dan keselamatan adalah amat penting.

 

(sumber berita: Pelita Brunei) 

Attachments