Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

26.2.19 Yang Di-Pertua MMN Menerima Kunjungan Muhibah

Hari Selasa, 26 Februari 2019, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan dari  orang-orang kenamaan dan terpenting.  Majlis diadakan secara berasingan di Bilik Kunjung Hormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, di Bangunan Dewan Majlis.

Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar, Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Courtesy Call with High Comm India.JPG

Tuan Yang Terutama Phonethavy Boutdara, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Courtesy Call with Amb Lao (2).JPG

Turut hadir sama dalam Kunjungan-kunjungan Muhibah tersebut,  Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat, serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Kedua-dua Majlis Kunjungan Muhibah tersebut merupakan perjumpaan rasmi yang pertama antara kedua-dua belah pihak.  Kunjungan-Kunjungan Muhibah tersebut menandakan hubungan baik dan kerjasama antara kedua-dua buah pihak.  Antara perkara yang dibincangkan semasa perjumpaan-perjumpaan tersebut adalah mengenai kerjasama yang sedia ada iaitu dalam bidang pendidikan, pertanian dan tenaga hydropower.  Untuk mengeratkan hubungan di antara kedua-dua Dewan Perundangan, kedua-dua pihak mengharapkan bagi kerjasama dan pertukaran tenaga manusia dan juga Ahli-Ahli di kedua-dua Dewan Perundangan.  Kedua-dua pihak juga mengharapkan lebih banyak kerjasama seperti di dalam bidang pengangkutan penerbangan dan lainnya dapat diwujudkan memandangkan hubungan antara kedua-dua negara yang telah terjalin sejak sekian lamanya.

 

Attachments