Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

09.10.18 Perhimpunan Agung Speaker Parlimen Negara Europe dan Asia Kali Ke-3

Kaya Palazzo Resort Belek, Antalya, Turkey, 9 Oktober 2018 – Mesyuarat Perhimpunan Agung Speaker Parlimen Negara-Negara Europe dan Asia kali ke 3 telahpun berlangsung pada 8 sehingga 11 Oktober 2018 di Antalya, Turkey.  Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 38 buah negara yang terdiri Speaker-Speaker Parlimen Europe dan Asia berserta dengan Ahli-Ahli Parlimen.

Tema mesyuarat pada tahun ini ialah "Economic Cooperation, Environment and Sustainable Development in Eurasia" yang mana ianya adalah sangat relevan kepada negara-negara Eurasia dan termasuklah juga bagi Negara Brunei Darussalam.

Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan berserta dengan  2 orang pegawai kanan daripada Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

P1010264.JPG

Mesyuarat Perhimpunan Agung ini telah diakhiri dengan sebuah Pernyataan Antalya (Antalya Statement) sebanyak 17 perkara-perkara yang berkaitan dengan kemantapan ekonomi kerjasama, alam sekitar yang mampan dan keteguhan pembangunan bagi wilayah Eurasia (Europe dan Asia).  Mesyuarat ini telah membentangkan peranan parlimen-parlimen Eurasia tentang isu-isu yang terjadi pada masa ini dengan mengambil kira prinsip hormat menghormati.  Seterusnya di platform ini telah memberikan peluang untuk bertukar-tukar fikiran terhadap amalan-amalan baik sebagai langkah untuk meningkatkan diplomasi antara parlimen.

Majlis Pembukaan Rasmi dimulakan dengan teks ucapan daripada Presiden Turkey, Yang Berhormat Recep Tayyib Erdogan yang diwakilkan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Binali Yildirim, Speaker kepada Grand National Assembly of Turkey.  Yang Berhormat menyatakan bahawa Negara- negara di rantau Eurasia haruslah berpandukan kepada prinsip berparliamentary dan berdiplomacy di dalam menangani masalah-masalah yang berlaku di rantau ini.  Selain itu, Yang Berhormat juga menyeru supaya ahli parlimen menanamkan sikap komitmen dan efisyen agar usaha yang dibuat akan lebih berkesan. 

Yang Berhormat menambah lagi bahawa interaksi dan hubungan berbagai hala di antara parlimen haruslah juga ditingkatkan dan dikembangluaskan lagi kerana dunia pada masa ini berdepan dengan perubahan yang amat ketara dan di atas sebab tersebut, usaha bersepadu adalah dikehendaki bagi sama-sama mencari penyelesaian ke atas isu-isu yang berlaku.

Turut berucap di Majlis Pembukaan Rasmi tersebut ialah Yang Berhormat Binali Yildirim, Speaker kepada Grand National Assembly of Turkey.  Di dalam ucapan Yang Berhormat, beliau mencadangkan untuk memperlembagakan satu badan dengan menubuhkan satu sekretariat ataupun komiti yang berlandaskan kerjasama dan perpaduan antara parlimen yang memfokuskan kepada usaha hak-hak kemanusiaan.  Sebagai Speaker kepada Parlimen Negara Eurasia, ianya adalah tanggungjawap bersama untuk menangani isu-isu semasa termasuklah isu alam sekitar.  Dengan adanya komiti tersebut, speaker dan ahli parlimen dapat menjadikannya satu platfom untuk membincangkan mengenai dengan masadepan semua termasuklah perubahan global, isu desertification, keselamatan makanan dan juga pembangunan mampan.

Di Sesi Plenari Pertama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara turut membuat keterangan yangmana antaralainnya bersetuju dengan tema mesyuarat pada tahun ini.  Yang Berhormat berucap bahawa "sustainable development" ataupun pembangunan mampan adalah suatu konsep yang signifikan dan bukan asing lagi dan ianya perlu dipraktikkan di dalam usaha untuk menangani masalah alam sekitar dan dalam pada yang sama mempertingkatkan dan menambahbaikkan iklim ekonomi di rantau Eurasia.  Penyertaan Negara Brunei Darussalam di mesyuarat ini diharap dapat memperluaskan lagi peluang dalam menjalinkan dan mengeratkan hubungan dua hala dengan parlimen antarabangsa yang lain di samping mempelajari amalan terbaik antara satu sama lain.  Di bidang ekonomi, Negara Brunei Darussalam begitu aktif memaksimumkan faedah daripada penglibatan dalam forum antarabangsa dan serantau yang dapat mengukuhkan lagi kemajuan negara ke arah kepelbagaian ekonomi yang mampan. 

P1010277.JPG

Menambah lagi, Yang Berhormat berucap bahawa Negara Brunei Darussalam bersetuju sepenuhnya dengan konsep Pembangunan Mampan yang menjelaskan bahawa untuk mencapai pembangunan, kita perlu memanfaatkan sumber yang sedia ada tanpa menjejaskan sumber generasi masa depan kita. Pembangunan mampan terus berkembang dan bertujuan untuk melindungi sumber-sumber dunia manakala agenda utamanya adalah untuk mengawal sumber-sumber dunia. Pertumbuhan ekonomi yang mampan dari segi alam sekitar merujuk kepada pembangunan ekonomi yang memenuhi keperluan semua tanpa mengurangkan sumber semula jadi generasi akan datang.

Mesyuarat Perhimpunan Agung diakhiri dengan penandatanganan Joint Statement daripada kesemua Ketua Delegasi.

Attachments