Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

23.08.18 Majlis Ibadah Korban Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

Hari Khamis, 23 Ogos 2018, Jalan Dewan Majlis – Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha di bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat melalui Badan Kebajikan dan Sukan hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban yang telah diungkayahkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangannya.  Majlis tersebut diadakan pada pukul 11:00 pagi di Bangunan Dewan Majlis.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.  Turut hadir sama ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.

Majlis dimulakan dengan Takbir Hari Raya.  Majlis diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban sebanyak 1 ekor kerbau dan 3 ekor kambing kepada peserta-peserta, pegawai dan kakitangan berserta jemputan golongan fakir miskin yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Bagi memberkati majlis, doa selamat dan kesyukuran dibacakan selepas pengagihan daging korban.  Seperti yang telahpun dinyatakan menurut pandangan ulama mazhab Shafi'I, pembahagian daging qurban sunat adalah terbahagi kepada 3; satu per tiga daripada haiwan yang dikorbankan adalah untuk dimakan oleh peserta iaitu pihak yang berqurban dan ahli keluarganya, satu per tiga untuk disedekahan kepada golongan fakir dan miskin dan satu per tiga lagi untuk dihadiahkan kepada sahabat handai. 

Dengan adanya majlis ini, diharap dapat sama-sama memupuk dan meningkatkan keikhlasan umat islam dalam mengorbankan sebahagian daripada rezekinya seterusnya juga membantu orang-orang yang berkeperluan.  Selain itu juga, dengan mengadakan majlis sebegini, ianya dapat menggalakkan lagi pegawai dan kakitangan untuk berkorban kerana hukum berkurban adalah Sunnah Muakkadah, iaitu sunat yang dituntut oleh Agama Islam.  Di samping itu juga, acara tahunan jabatan seperti ini juga dapat mengeratkan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan dalam apajua ganjaran yang didapati daripada majlis ini, pada akhirnya ianya dibuat untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua.  

Attachments