Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

23.05.18 MMN Bertahlil Di Kubah Makam Diraja

Hari Rabu, 23 Mei 2018, Bandar Seri Begawan – Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, majlis bertahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,  Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit diadakan oleh Majlis Mesyuarat Negara.  Majlis Bertahlil diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.  Majlis diadakan pada pukul 10 pagi.

Majlis Bertahlil Kubah Makam Diraja MMN.jpeg

Terdahulu, majlis tersebut didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Yang Mulia Awang Mohamad Amin bin Haji Salim.

Majlis Bertahlil Kubah Makam Diraja MMN (1).jpeg

Majlis berkenaan diadakan setiap tahun bagi memohon kerahmatan kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah di samping mendapatkan pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Attachments