Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

20.03.18 Pembangunan Inovasi dan Strategik Terus Diperkasa

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 20 Mac. - Pembangunan inovasi yang terancang dan strategik adalah penting untuk terus diperkasakan selain mengekalkan usaha melipatgandakan dan mempelbagaikan ekonomi negara ke arah pembangunan pelbagai sektor.

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib berkata, dalam menghadapi iklim ekonomi yang secara beransur-ansur, ada peningkatannya kita haruslah bersyukur dan bersifat positif, kerana masih dapat menikmati faedah dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam secara percuma.

''Walau macam manapun, janganlah dulu kita merasa 'complacent' ataupun selesa dengan peningkatan kemudahan ini.

Dengan pendekatan yang sering disebut oleh kita semua dalam dewan ini 'whole of nation approach' dan 'konsep give and take' dalam menimbulkan perkara-perkara yang berkepentingan bersama, telah menunjukkan sendiri kewibawaan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat untuk sama-sama membangun membawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan memastikan kemakmuran rakyat dan penduduk negara ini diambil berat,'' jelas Yang Berhormat ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 MMN di Dewan Majlis, di sini.

Pada masa yang sama, Yang Berhormat seterusnya menekankan, perlunya kita memupuk dan mengamalkan nilai-nilai teras konsep Melayu Islam Beraja dalam memartabatkan budaya tradisional yang telah diamalkan bertahun-tahun.

''Begitu juga dengan pelbagai penglibatan belia kita adalah sangat signifikan dalam sama-sama kita membangun dan memperkasa ekonomi Negara Brunei Darussalam ini,'' katanya lagi.

Tegasnya, belia perlu dilentur dan dilatih mentaliti mereka untuk menjadi pemimpin berwibawa, kerana mereka adalah pelapis yang akan menyambung legasi dibawa pada hari ini dalam persaingan dunia, supaya akan terus mengharumkan dan memakmurkan lagi nama Negara Brunei Darussalam.

Attachments