Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

19.03.18 Teknologi Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium-Muzium Setaraf Piawaian Antarabangsa

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 19 Mac.- Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat  Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyatakan bahawa Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium-Muzium pada masa ini menggunakan teknologi setaraf dengan piawaian ukur di Negara Brunei Darussalam selaras dengan piawaian antarabangsa.

Namun keperluan bagi penggunaan yang lebih canggih bagi mana-mana projek arkeologi akan dilaksanakan bersama Kementerian dan Jabatan-Jabatan serta pakar-pakar di dalam dan luar negeri (bukan secara bersendirian).

Pada hari ke-11 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis pagi tadi, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan  juga menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Awang Mohimin bin Haji Johari @ Jahari  yang sebelum ini mengenai cadangan Pusat Konservasi Warisan (Usaha Pusat Sejarah Brunei bagi sejarah yang belum terungkap).

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan juga menyambut baik akan cadangan mengenai Pusat Konservasi Warisan (Heritage Conservation Centre) dan sedang diteliti oleh Jabatan Muzium-Muzium pada waktu ini.

"Apa yang penting ia hendaklah mengambil kira perancangan yang khusus dengan mengambil kira tempat penyimpanan koleksi warisan negara yang bertaraf antarabangsa sesuai dengan keperluan yang akan datang," kata Yang Berhormat. 

(sumber berita: Pelita Brunei)

Attachments