Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

5.03.18 Istiadat Pembukaan Rasmi MMN Ke-14 Tahun 1439H/2018M

Hari Isnin, 05 Mac 2018, Bangunan Dewan Majlis (Jalan Dewan Majlis) - Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keempat Belas Majlis Mesyuarat Negara telah berlangsung pagi tadi dan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

INFODEPT02_032.jpg

(sumber gambar: Pelita Brunei)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keempat Belas Majlis Mesyuarat Negara.

INFODEPT02_043.jpg

(sumber gambar: Pelita Brunei)

Berangkat sama ke Istiadat Pembukaan Rasmi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Duli ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Sebelum Istiadat Pembukaan Rasmi diadakan, Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keempat belas Majlis Mesyuarat Negara telah bersidang untuk mengadakan Majlis Mengangkat Sumpah bagi 10 orang Ahli baharu sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang terdiri seperti berikut mengikut susunan:

Ahli Rasmi Kerana Jawatan Menurut Ceraian 1(a)(i) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1):

  1. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri;
  2. Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan;
  3. Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri;
  4. Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri Kewangan II;
  5. Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II;
  6. Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan;
  7. Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md Hussien, Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian;
  8. Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan;
  9. Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan;
  10. Yang Berhormat Major Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis Mengangkat Sumpah ini telah diadakan seperti yang dinukil daripada Perkara 49 Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang memperuntukkan bagi tiap-tiap Ahli Majlis Mesyuarat Negara hendaklah sebelum memulakan kewajipan-kewajipan jawatannya dan menduduki kerusinya untuk mengangkat atau membuat sumpah akan ketaatan setia kepada Negara dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertua Dewan Majlis. Majlis ini telah dilangsungkan di hadapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Seterusnya, Persidangan  Majlis Mesyuarat Negara bersidang untuk meneliti dan mengesahkan Minit Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ketiga Belas  yang telah bersidang selama 11 hari mulai 06 Mac 2017 hingga 20 Mac 2017.  Persidangan ini kemudiaannya ditangguhkan bagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keempat Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Majlis Mesyuarat Negara Musim Keempat Belas ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Dibantu oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.

INFODEPT06_05.jpg

(sumber gambar: Pelita Brunei)

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara terdiri daripada Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan (Perdana Menteri dan Menteri-Menteri), Ahli-Ahli Yang Dilantik Orang-Orang Bergelar, Ahli-Ahli Yang Dilantik Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan dan Ahli-Ahli Yang Dilantik Mewakili Daerah.

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Keempat Belas ini antaranya akan membincangkan perkara utama termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Tahun Kewangan 2018/2019 bagi Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Majlis Mesyuarat Negara telah ditubuhkan menurut Bab 23 dari Perlembagaan Negara Brunei 1959 dan Ahli-Ahlinya dilantik menurut Bab 24.  Majlis Mesyuarat Negara telah dibubarkan pada tahun 1984 dan pada 25 September 2004, Majlis ini telah mula bersidang semula.  Penubuhan persidangan ini adalah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-58 tahun pada 15 Julai 2004.

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini akan disambung untuk bersidang pada hari Selasa, 18 Jamadilakhir 1439 Hijrah bersamaan 6 Mac 2018, bermula pada pukul 9.00 pagi.

Attachments