Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

15.01.18 Kunjungan Muhibah Yang Di-Pertua MMN dan Pesuruhjaya Tinggi British

Hari Isnin, 15 Januari 2018, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan dari Pesuruhjaya Tinggi British Ke Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama Richard Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi British Ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Muhibbah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

British 1.jpg

Semasa Kunjungan Muhibbah tersebut, kedua belah pihak telah bertukar-tukar pandangan dan membincangkan mengenai langkah-langkah kerjasama yang boleh diwujudkan di antara Majlis Mesyuarat Negara dan Pesuruhjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam dan juga kerjasama di antara Majlis Mesyuarat Negara dan Parlimen United Kingdom.  Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam juga melahirkan rasa berminat mengenai dengan perkembangan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Turut hadir sama dalam Kunjungan Muhibbah tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Attachments