Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

4.12.17 Kunjungan Perpisahan YDP MMN dan Duta Perancis

Hari Isnin, 04 Disember 2017, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan perpisahan dari Puan Yang Terutama Loan Forgeron, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Peranchis ke Negara Brunei Darussalam. Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis.

FC France.JPG

Turut hadir sama dalam kunjungan perpisahan tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.

Pada kunjungan perpisahan tersebut, kedua belah pihak menghargai hubungan erat di antara kedua buah negara dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan Puan Yang Terutama sebagai Duta di Negara Brunei Darussalam.  Kedua belah pihak berharap agar hubungan baik tersebut akan terus kekal dan semakin kukuh di antara kedua buah negara.

Attachments