Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

16.11.17 Kunjungan Muhibah dan Mesyuarat MMN bersama Delegasi DPR-RI

Hari khamis, 16 November 2017, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan dari beberapa ahli rombongan Dewan Perwakilan Rakyat, Republik Indonesia.   Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Ahli rombongan yang diketuai oleh Honourable Rieke Diah Pitaloka, Ahli Dewan Perwakilan Rakyat, Republik Indonesia (DPR-RI) telah mengadakan kunjungan muhibah dan seterusnya sesi dialog kepada Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam. 

Hadir pada majlis tersebut Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

DSC_0006.JPG

Turut hadir sama dalam majlis tersebut beberapa orang Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Sesi dialog di antara kedua belah pihak membincangkan pelbagai isu yang menjadi keprihatinan bersama dan setentunya mengukuhkan lagi hubungan antara kedua buah negara.  Antara isu-isu yang dibincangkan adalah mengenai pekerja warga Indonesia yang ada di negara ini dan cara-cara bagi mengurangkan masalah-masalah yang dihadapai oleh pekerja tersebut selain dari membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan lagi kebajikan dan kesejahteraan pekerja-pekerja warga Indonesia tersebut.

DSC_0013.JPG

Semasa sesi dialog yang diadakan, Kerajaan Republik Indonesia melalui Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia juga telah menyampaikan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kerjasama dan hubungan mesra dengan pengambilan tenaga Indonesia untuk berkhidmat di negara ini.

DSC_0029.JPG

Attachments