Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

19.07.17 MMN Menghadiri Mesyuarat AIPA CAUCUS di Jakarata, Indonesia

Mesyuarat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) CAUCUS kali ke-9 telah diadakan bermula pada 17 hingga 20 Julai 2017 bertempat di  Jakarta, Indonesia.  Mesyuarat AIPA CAUCUS ini telah dihadiri oleh 10 buah negara-negara Ahli AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) dan organisasi jemputan daripada ASEAN Secretariat,  GIZ-ASEAN Secretariat serta USAID.

AIPA Caucus adalah sebuah Komiti di bawah naungan Pertubuhan AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly).  Komiti ini berfungsi sebagai 'Monitoring Committee' dalam perlaksanaan resolusi-resolusi yang telah dibincangkan dan diluluskan di setiap Perhimpunan Agung AIPA yang diadakan pada setiap tahun.  Mesyuarat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) CAUCUS kali ke-9 pada tahun ini telah membincangkan dan melaporkan status implementasi resolusi-resolusi yang telah diluluskan semasa Perhimpunan Agung AIPA yang ke-37 yang diadakan pada tahun lepas (2016) di Nay Pyi Taw, Myanmar; iaitu sebanyak 11 buah resoulsi telah diluluskan di bawah Jawatankuasa Politik, Ekonomi, Sosial dan WAIPA (Women ASEAN Parliamentary Assembly). 

AIPA CAUCUS.jpeg

Di samping itu Republik Indonesia selaku negara Penganjur kepada The 9th AIPA Caucus telah mengetengahkan 3 buah perkara untuk seterusnya dapat dibincangkan iaitu perkara (1) Regional Maritime Cooperation, (2) Peaceful Resolution to Conflicts dan (3) Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).

Sebagai kesimpulan Mesyuarat AIPA Caucus yang diadakan bertepatan dengan penubuhan AIPA yang telah berusia 40 tahun.  AIPA telah begitu aktif dalam menyuarakan suara-suara rakyat dan telah membantu pihak eksekutif di peringkat ASEAN dan memperkukuh komuniti ASEAN khususnya dengan menggalakkan kerjasama bersama negara-negara ASEAN.  Kesefahaman undang-undang di peringkat ASEAN dan AIPA (common legislation) akan melahirkan kesan positif ke arah lebih efektif dan kondusif.    

Mesyuarat ini telah diakhiri dengan menandatangani sebuah Joint Communique oleh ketua-ketua perewakilan daripada negara-negara ahli AIPA.  Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii selaku ketua rombongan dan Yang Behormat Awang Naim bin Haji Kamis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

AIPA CAUCUS delegation.jpeg

Attachments