Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Hari Rabu, 01 Mac 2017, Jalan Dewan Majlis – Dengan menyatakan  sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas sebuah Majlis Mengangkat Sumpah telah diadakan pada hari ini bagi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang baharu dilantik pada 13 Januari 2017 terdiri daripada Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan, Orang-Orang Bergelar, Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan dan Wakil-Wakil Yang Dilantik Dari Daerah-Daerah.

Ini adalah seperti dinukil daripada Perkara 49 Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang memperuntukkan bagi tiap-tiap Ahli Majlis Mesyuarat Negara hendaklah, sebelum memulakan kewajipan-kewajipan jawatannya dan menduduki kerusinya untuk mengangkat atau membuat sumpah akan ketaatan setia kepada Negara dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertua. 

Majlis ini telah diadakan di hadapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.  Pada 2 Jamadilakhir 1438 bersamaan 1 Mac 2017 bertempat di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada jam 10.00 pagi. 

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang mengangkat sumpah, mengikut susunan, adalah seperti berikut:

Ahli Rasmi Kerana Jawatan Menurut Ceraian 1(a)(i) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1):

1.   Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri;

2.   Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi Bin Haji Osman, Menteri Pendidikan;

3.   Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua); 

4.   Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua);

5.   Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Mohammad Yasmin Bin Haji Umar, Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri;

6.   Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin Bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; 

7.   Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin Bin Abdullah,
Menteri Pembangunan;

8.   Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali Bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan;

9.   Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan;

10.    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan;

11.    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Zulkarnain Bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan.

Orang-Orang Bergelar Menurut Ceraian 1(a)(ii) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1):

1.   Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid Bin Bakal;

2.   Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin Bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu;

3.   Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani Bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan Menurut Ceraian 1(a)(iv) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1):

1.  Yang Berhormat Awang Haji Umarali Bin Esung;

2.  Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli Bin Haji Arshad;

3.  Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh;

4.  Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty Binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman;

5.  Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi Binti Abdul Haadii;

6.  Yang Berhormat Dayang Khairunnisa Binti Awang Haji Ash'ari;

7.  Yang Berhormat Awang Iswandy Bin Ahmad.

Wakil Yang Dilantik Dari Daerah-Daerah Menurut Ceraian 5(1) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1):

1.   Yang Berhormat Pengiran Haji Ali Bin Pengiran Maon, Zon 1 – Daerah Brunei dan Muara;

2.   Yang Berhormat Awang Naim Bin Haji Kamis, Zon 3 – Daerah Brunei dan Muara;
3.   Yang Berhormat Awang Haji Tahamit Bin Haji Nudin, Zon 4 – Daerah Brunei dan Muara;

4.   Yang Berhormat Awang Haji Mohimin Bin Haji Johari @ Jahari, Zon 5 – Daerah Brunei dan Muara;

5.   Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed Bin Pengiran Haji Osman @ Othman, Zon 2 – Daerah Brunei dan Muara;

6.   Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid Bin Mumin, Zon 1 – Daerah Belait;

7.   Yang Berhormat Awang Hanapi Bin Mohd Siput, Zon 2 – Daerah Belait;

8.   Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab Bin Apong, Zon 1 – Daerah Tutong;

9.   Yang Berhormat Awang Haji Ramli Bin Haji Lahit, Zon 2 – Daerah Tutong;

10.  Yang Berhormat Awang Haji Emran Bin Haji Sabtu, Daerah Temburong.

Turut hadir pada majlis tersebut Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.  Manakala jemputan-jemputan khas pada majlis tersebut terdiri dari Timbalan-Timbalan Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Tetap daripada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.  


Attachments