Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

14.12.20 Tinjau Peranan, Perkhidmatan EGNC

GADONG, Isnin, 14 Disember. - Rombongan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (E-Government National Centre-EGNC), hari ini, di sini.


Lawatan Kerja Yang Berhormat Ahli-ahli MMN ke EGNC bertujuan adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat berkenaan sebagai persediaan bagi Sesi Muzakarah Yang Berhormat Ahli-ahli MMN dengan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) pada awal tahun depan nanti. 


Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Ahli-ahli MMN berkesempatan untuk mengetahui lebih dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang tersedia di pusat berkenaan, antaranya Pusat Data E-Kerajaan (Data Centre), menyediakan ruang khusus bagi penempatan fizikal sistem-sistem komputer dan komponen-komponen yang berkaitan dengan projek E-Kerajaan secara pusat. 


Pusat Data ini juga dilengkapi dengan fasiliti-fasiliti seperti kawalan sekuriti fizikal yang ketat, Uninterruptible Power Supply (UPS), sistem pendingin dan sistem pemadam kebakaran. 


One Government Private Cloud (OGPC) iaitu perkhidmatan yang menggunakan teknologi 'virtualization' khusus untuk projek-projek E-Kerajaan. Setakat bulan November 2020, sebanyak 59 projek IT bersamaan 416 mesin maya (virtual machines) ditempatkan di dalam prasarana OGPC secara 'consolidated' dan 'centralized'.

 

Selain itu, pusat berkenaan juga menyediakan perkhidmatan One Government Network (OGN) iaitu infrastruktur rangkaian satu kerajaan yang khusus dan selamat menghubungkan agensi-agensi kerajaan di seluruh negara kepada perkhidmatan-perkhidmatan e-Kerajaan yang berintegrasi serta perkhidmatan internet yang dikawal melalui 'central gateway' di EGNC.

 

Setakat bulan November 2020, perkhidmatan ini menghubungkan sebanyak 931 tapak di seluruh negara.

 

Seterusnya, National Centralised Database (NCDB) menawarkan perkhidmatan 'Database as a Service' iaitu perkhidmatan yang akan menyediakan infrastruktur pangkalan data bagi penempatan semua 'database' dari projek-projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-11 dan projek-projek yang memerlukan penambahbaikan atau Technology Refresh.

 

Dengan adanya perkhidmatan ini, ia dijangka akan memberikan impak yang besar dari segi kos pembelian perisian dan pemeliharaan yang lebih ekonomi dan efisien dibandingkan pembelian perisian secara 'silo'.

 

Selain itu, Brunei Open Data (data.gov.bn), Portal 'data.gov.bn' diperkenalkan bagi menyokong inisiatif 'Open Data' di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Perkhidmatan ini membolehkan agensi-agensi kerajaan untuk berkongsi maklumat yang tidak sensitif dengan orang ramai, memudahkan agensi-agensi untuk mengakses data atau dimuat turun oleh pihak yang memerlukan secara percuma dalam talian.

 

Di samping itu, pihak EGNC juga sedang melaksanakan projek The National Information Hub (NIH) yang menyediakan platform pengintegrasian maklumat antara jabatan-jabatan kerajaan dalam mendukung inisiatif perkongsian maklumat.

 

Melalui projek ini, maklumat 'common data' dan 'uncommon data' boleh diperoleh daripada sumber yang dipercayai serta dapat mendukung 'backend system' jabatan-jabatan kerajaan atau agensi yang memerlukan.

 

Selanjutnya, Perkhidmatan Talian Darussalam 123 iaitu Pusat Panggilan Kebangsaan bagi NBD yang beroperasi 24 jam sehari bagi mendukung perkhidmatan-perkhidmatan berbentuk bukan kecemasan (non-emergency) di agensi-agensi kerajaan. Sehingga bulan November 2020, Talian Darussalam 123 mendukung sebanyak 320 perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan.

 

Manakala bagi Portal GOV.BN (www.gov.bn) di mana sebanyak 129 e-Perkhidmatan diperkenalkan daripada 34 sistem e-kerajaan boleh di akses melalui portal GOV.BN.

 

Orang ramai juga boleh mendaftar akaun e-Darussalam secara dalam talian melalui portal ini. Sehingga bulan November 2020, jumlah pendaftaran akaun e-Darussalam meningkat dari tahun sebelumnya di mana mencapai 156,221 pengguna yang mendaftar akaun e-Darussalam. Selain itu, terdapat 20 aplikasi mudah alih (mobile apps) kerajaan juga boleh diakses dan dimuat turun melalui portal ini.

 

EGNC ditubuhkan pada 1 April 2008 dan merupakan jabatan di bawah MTIC. Pusat ini juga memberikan perkhidmatan-perkhidmatan pemerolehan dan sumber tenaga manusia dalam bidang IT yang berkaitan dengan inisiatif e-Kerajaan.

 

Sehingga bulan November 2020, jumlah kakitangan di jabatan berkenaan ada seramai 416 pegawai dan kakitangan jabatan ini di mana 254 pegawai dan kakitangan diperbantukan ke kementerian-kementerian, institusi-institusi pengajian tinggi dan jabatan-jabatan yang berkaitan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif e-Kerajaan.


(sumber berita: Pelita Brunei)


Attachments