Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

08.12.20 Dua Sesi Konvokesyen Raikan 572 Graduan IBTE


BERAKAS, Selasa, 8 Disember. - Seramai 297 graduan menerima sijil masing-masing pada Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bagi sesi pagi. 

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada graduan IBTE, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jaya Haji Abdul Rahman. 

Antara penerima pada sesi pagi tersebut, para graduan dari IBTE School of Building Technology Services; dan IBTE School of Energy and Engineering Central (HNTec). 

Sementara itu, para penerima Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award) pada sesi pagi diterima oleh Nurhamizah binti Omarali (NTec in Building Craft); dan Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award) diterima oleh Dayangku Mariatul Qibthiah binti Pengiran Mohamad Nazaruddin (HNTec in Construction Engineering). 

Manakala, pada sesi petang pula, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada 275 graduan, terdiri daripada IBTE School of Business (HNTec).

Sijil-sijil disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arshad selaku Ahli Lembaga Pengelola IBTE.

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award) pada sesi petang, Awangku Abd. Wafi Hadiyan bin Pengiran Jainalabidin (HNTec in Office Administration); dan Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award) diterima oleh Muhammad Nur Asyraffahmi bin Norsamri (HNTec in Business and Finance).

Kedua-dua Majlis Konvokesyen IBTE Kali Ke-28 bagi hari kedua tersebut berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

Majlis Konvokesyen IBTE akan diteruskan lagi pada 9 dan 10 Disember 2020 (sesi pagi dan sesi petang). 

Sehubungan itu, untuk memudahkan orang ramai, khususnya ibu bapa dan penjaga graduan, IBTE menyediakan platform untuk menyiarkan majlis ini secara dalam talian, iaitu Live Streaming melalui laman sesawang 'https://ibte.edu.bn/2020/12/03/convoschedule/'.


(sumber berita: Pelita Brunei)


Attachments