Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

14.03.20 Berhati-hati dalam membelanjakan wang kerajaan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah berkata Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan sentiasa memantau perbelanjaan juga kedudukan fiskal kerajaan juga program-program yang sedang dan akan dilaksanakan agar ia dapat berdaya tahan.

Perkara itu dijelaskan dalam ucapan penangguhan Yang Berhormat Menteri pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-16 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Bangunan MMN, di sini.

Dalam masa yang sama, Yang Berhormat memohon kerjasama yang padu dalam kalangan Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet untuk berhati-hati dalam membelanjakan wang kerajaan.

Terdahulu Yang Berhormat mengimbas kembali titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan MMN Ke-16, Tahun 2020.

Jelasnya, antaranya, baginda bertitah bahawa kesan daripada wabak ini menjejaskan perkembangan dan pertubuhan ekonomi di kebanyakan negara di dunia, termasuk menjadi kurangnya permintaan minyak dan gas dunia juga secara automatik menjadikan harga kedua- dua komoditi ini jatuh berpanjangan.


(sumber berita: Pelita Brunei)

Attachments