Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

14.11.19 Majlis Berdikir Sempena Memperingati Maulidur Rasul 1441H

Hari Khamis, 14 November 2019, Bangunan Dewan Majlis (Jalan Dewan Majlis) – Dalam usaha memupuk rasa kecintaan kepada Rasullullah S.A.W. dan sempena memperingati hari keputeraan junjungan besar kita, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat telah mengadakan Majlis Dikir anjuran Badan Kebajikan dan Sukan.  Majlis diadakan di Surau Jabatan Majlis-Majis Mesyuarat pagi tadi.

 Majlis Berdikir JMM (1).jpeg

Majlis tersebut disemarakkan dengan bacaan zikir Asrakal beramai-ramai oleh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.  Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan bacaan doa kesyukuran.

Hadir ke majlis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.  Majlis disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

 Majlis Berdikir (3).jpeg

Antara lain majlis bertujuan bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul, di samping memperingati perjuangan Rasullullah S.A.W. dalam menegakkan syiar Islam.  Melalui aktiviti-aktiviti ibadah juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Majlis Berdikir JMM.jpeg

Majlis Berdikir (2).jpeg

Attachments