Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

07.10.19 Lawatan Sekolah Antarabangsa Brunei Ke Bangunan Dewan Majlis

Hari Isnin, 7 Oktober 2019, Bangunan Dewan Majlis – Rombongan seramai 87 orang pelajar dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) hari ini telah mengadakan lawatan ke Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat sebagai sebahagian daripada program pembelajaran sekolah berkenaan.

Berangkat sama dalam rombongan lawatan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah Ibni Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.  Menjunjung keberangkatan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

DSC_0032.JPG

Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai dengan fungsi dan peranan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.  Selain daripada menyaksikan video korporat Jabatan dan lawatan ke Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, rombongan juga telah berpeluang mengadakan perbahasan pendidikan di Mini Dewan di Bangunan Dewan Majlis, bagi memberikan pengenalan kepada para pelajar dan juga pengalaman membentangkan rang undang-undang semasa persidangan. Dengan adanya perbahasan pendidikan ini juga dapat membina watak pelajar dan meningkatkan kemahiran dalam berpidato di khalayak ramai (public speaking).

DSC_0019.JPG

Melalui lawatan tersebut, diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada rombongan mengenai Jabatan tersebut secara lebih meluas, di samping memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai perjalanan Majlis Mesyuarat Negara yang diadakan pada setiap tahun.

Attachments