Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

13.08.19 Majlis Ibadah Korban Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

Hari Selasa, 13 Ogos 2018, Jalan Dewan Majlis – Pada pagi ini, warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat melalui Badan Kebajikan dan Sukan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya Aidiladha 1440 Hijrah / 2019 Masihi yang penuh keberkatan.  Majlis tersebut diadakan pada pukul 11:15 pagi di Bangunan Dewan Majlis.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging korban di majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

Majlis dimulakan dengan Takbir Hari Raya dan seterusnya pengagihan daging korban kepada peserta-peserta dan jemputan.  Sebanyak 2 ekor kerbau telah dikorbankan hasil daripada 7 orang penyertaan termasuk Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat; pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.  Bagi memberkati majlis, doa selamat dan kesyukuran dibacakan selepas pengagihan daging korban.

765A7535-A536-449E-8B2E-43D15C1D040A.jpeg

6650505B-E456-4643-A783-B44519C6DB69.jpeg

Seramai 12 orang penerima daging korban yang terpilih di Majlis Ibadan Korban Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat tahun ini terdiri daripada penduduk sekitar di kawasan Mukim Berakas.

Majlis ini diadakan untuk mewujudkan sifat tabah dan sabar di dalam jiwa warga jabatan dalam mematuhi perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan melahirkan kalangan pegawai dan kakitangan di Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat yang sentiasa bersedia untuk berkorban harta, tenaga dan jiwa dalam melaksanakan syariat Allah Subhanahu Wa Ta'ala demi keredhaanNya.

Antara lain tujuan majlis ini diadakan juga bagi meraikan Hari Raya Aidiladha bagi Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan juga memupuk lagi semangat kerjasama antara pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dalam menganjurkan sesuatu program.

Attachments